HIKMAH 1) SETENGAH DARI TANDA BAHAWA SESEORANG ITU BERSANDAR DIRI PADA KEKUATAN AMAL USAHANYA, IAITU BERKURANGNYA PENGHARAPAN TERHADAP RAHMAT KURNIA ALLAH KETIKA TERJADI PADANYA SUATU KESALAHAN/DOSA.
-
Kalimah: Laa ilaha illallah. Tidak ada Tuhan, bererti tidak ada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah.-
Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal, sedang hakikat syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu, supaya tetap bersandar pada kurnia rahmat Allah SWT.-
Kalimah: Laa haula walaa quwwata illa billahi.Tidak ada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia rahmatNya semata-mata.
-
Firman Allah:قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yang terlebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri." (Yunus: 58)
"Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yang terlebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri." (Yunus: 58)
-
Sedang bersandar pada amal usaha itu bererti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayah kepadanya yang akhirnya ia pasti ujub, sombong dan merasa sempurna diri. Sebagaimana yang terjadi kepada iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam, ia berkata "Aku lebih baik dari dia (Adam)"
Dan telah terjadi kepada Qaarun ia berkata:
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِندِي
"Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata" (Al-Qasas:78)
-
Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayah dan kurnia Allah.
-
Sedangkan kita harus bertauladan pada nabi Sulaiman AS. Ketika ia menerima nikmat kurnia Allah, ketika mendapat istana raja Balqis.
Firman Allah:
قَالَ هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ
"Ini semata-mata dari kurnia Tuhanku, untuk menguji padaku, apakah bersyukur atau kufur. Maka siapa yang bersyukur, maka syukur itu untuk dirinya sendiri. Dan siapa yang kufur, maka Tuhanku Zat yang terkaya lagi maha pemurah"
-
HIKMAH 2: KEINGINAN UNTUK TAJRID (MELULU BERIBADAT, TANPA BERUSAHA DUNIA), PADAHAL ALLAH MASIH MENEMPATKAN ENGKAU PADA GOLONGAN ORANG-ORANG YANG HARUS BERUSAHA KASAB UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN HARI-HARI, MAKA KEINGINANMU ITU TERMASUK SYAHWAT HAWA NAFSU YANG SAMAR (HALUS). SEBALIKNYA KEINGINANMU UNTUK BERUSAHA KASAB, PADAHAL ALLAH TELAH MENEMPATKAN DIRIMU PADA GOLONGAN ORANG YANG MELULU BERIBADAT TANPA KASAB, MAKA KEINGINAN YANG DEMIKIAN MENURUN DARI SEMANGAT DAN TINGKAT YANG TINGGI